Pages

Subscribe:

Monday, March 12, 2012

BILA PENGORBANAN IBU TIDAK DIHARGAI ANAK

Gambar Hiasan

















SURAH AL-ISRA..

23. Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia

mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Wahai para sahabat yang budiman, tidakkah kita terfikir untuk melihat pengorbanan dan jasa seorang ibu yang amat besar kepada anak-anaknya. Seorang ibu sanggup menghadapi maut semasa melahirkan kita,mengasuh dan mendidik kita tanpa rasa jemu. Adakah seorang ibu pernah berkata Ah serabutnya aku kepada budak ini.hehe.. Tiada para sahabat,malah para ibu bersabar melayani karenah anak-anak yang kadang-kadang ada menyakiti dan merentap hati dan sanubari mereka.

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU, ungkapan yang begitu masyhur akan tetapi biasa dilupakan oleh mereka yang bergelar seorang anak. Renung dan ambillah pengajaran dari cerita pada zaman Rasullullah yang mana seorang daripada sahabat baginda pada suatu ketika begitu susah menghadapi sakaratul maut akibat daripada terhentaknya hati seorang ibu di atas sifat anaknya yang menyakiti hati ibunya walau sedikit. Sehinggakan para sahabat diperintahkan Rasulullah agar dibakar hidup-hidup AlQamah di atas ungun api yang besar. Melihat tindakan yang tegas dari Rasulullullah, ibu AlQamah memaafkan beliau dan kembalilah AlQamah dengan senang menemui Allah s.w.t.

Sedikit cerita disertakan terjemahan ayat Al-Quran di atas sudah cukup untuk para sahabat yang diberi kelebihan oleh Allah dengan akal fikiran yang waras memahami hukum dan pengajaran. Oleh yang demikian,marilah kita berusaha untuk mencintai dan mengasihi ibubapa kita. Jika kekasih atau teman wanita kita sanggup meredah badai,lagikan gunung yang tinggi ku daki, kerana mu sayang,kerana mu abang.hehe.Fikirkan.. Sahabat, tidakkah terasa terpanggil untuk menyayangi dan mengasihi ibubapa kita betul-betul selama mana mereka masih ada. Usah menyesal dikemudian hari setelah mana ibu kita dipanggil oleh Allah s.w.t menemuiNYA dan disitulah terasa betapa ruginya bagi mereka yang bergelar seorang ANAK.

KALAU ADA SALAH SILAP HARAP DIAMPUN IBUKU……..
12-03-2012

No comments:

Post a Comment