Pages

Subscribe:

Friday, March 30, 2012

HALAMAN UTAMA MASJID MUADZ BIN JABAL

Alhamdulillah ari ni ciapkan halaman utama untuk Masjid Muadz Bin Jabal,selasa ni sambung lak untuk halaman berikutnya.,makin lama makin syok lak belaja photoshop walaupun kadang2 ase tension gak.,hehe.,insylh lps ni convert to flash lak.,n ciap website ni.,amenn.,


Sunday, March 25, 2012

FIRST WEBSITE FROM PHOTOSHOP

Alhamdulillah.,akhirnye ciap jugak website photoshop.Walaupun simple tapi memang puas hati sebab first time gune photoshop.Terima kasih yang tidak terhingga buat tunang tersayang.,(len kali jangan jemu ek nak ajar even gune voice call je).,peace.,

Nilah websitenye.,insyaallah lepas ni akan improve lagi dan buat yang terbaik.,wish me good luck.,

Monday, March 12, 2012

BILA PENGORBANAN IBU TIDAK DIHARGAI ANAK

Gambar Hiasan

















SURAH AL-ISRA..

23. Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia

mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Wahai para sahabat yang budiman, tidakkah kita terfikir untuk melihat pengorbanan dan jasa seorang ibu yang amat besar kepada anak-anaknya. Seorang ibu sanggup menghadapi maut semasa melahirkan kita,mengasuh dan mendidik kita tanpa rasa jemu. Adakah seorang ibu pernah berkata Ah serabutnya aku kepada budak ini.hehe.. Tiada para sahabat,malah para ibu bersabar melayani karenah anak-anak yang kadang-kadang ada menyakiti dan merentap hati dan sanubari mereka.

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU, ungkapan yang begitu masyhur akan tetapi biasa dilupakan oleh mereka yang bergelar seorang anak. Renung dan ambillah pengajaran dari cerita pada zaman Rasullullah yang mana seorang daripada sahabat baginda pada suatu ketika begitu susah menghadapi sakaratul maut akibat daripada terhentaknya hati seorang ibu di atas sifat anaknya yang menyakiti hati ibunya walau sedikit. Sehinggakan para sahabat diperintahkan Rasulullah agar dibakar hidup-hidup AlQamah di atas ungun api yang besar. Melihat tindakan yang tegas dari Rasulullullah, ibu AlQamah memaafkan beliau dan kembalilah AlQamah dengan senang menemui Allah s.w.t.

Sedikit cerita disertakan terjemahan ayat Al-Quran di atas sudah cukup untuk para sahabat yang diberi kelebihan oleh Allah dengan akal fikiran yang waras memahami hukum dan pengajaran. Oleh yang demikian,marilah kita berusaha untuk mencintai dan mengasihi ibubapa kita. Jika kekasih atau teman wanita kita sanggup meredah badai,lagikan gunung yang tinggi ku daki, kerana mu sayang,kerana mu abang.hehe.Fikirkan.. Sahabat, tidakkah terasa terpanggil untuk menyayangi dan mengasihi ibubapa kita betul-betul selama mana mereka masih ada. Usah menyesal dikemudian hari setelah mana ibu kita dipanggil oleh Allah s.w.t menemuiNYA dan disitulah terasa betapa ruginya bagi mereka yang bergelar seorang ANAK.

KALAU ADA SALAH SILAP HARAP DIAMPUN IBUKU……..
12-03-2012

Wednesday, March 7, 2012

Beberapa Ayat Dan Surah Khusus Sebagai Amalan


  1. Surah al-Ikhlas: Menyamai satu pertiga al-Quran,dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga.
  2. Surah al-Falaq: Dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.
  3. Surah an-Nas: Sama seperti al-Falaq.
  4. Ayatul Kursi: Pahalanya menyamai satu perempat al-Quran,dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga,setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
  5. Membaca (Bismillahirrahmanirrahim): Dibaca 21 kali sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut,kecurian,kebakaran dan lain-lain.Insya-Allah.
  6. Membaca Surah al-Fatihah: Dibaca 20 kali selepas setiap solat fardu merupakan amalan para solehin. Insya-Allah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada segala keburukan dan sebagainya. (Boleh dibaca 100 kali sekaligus jika sukar diamalkan selepas setiap kali solat.
  7. Surah al-Mukmin ayat 1-3: Dibaca untuk keselamatan.
                 sumber : indahnya hidup bersyariat

Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Antara amalan-amalan mulia yang sunat diamalkan seharian adalah seperti membaca al-Quran,istighfar,berzikir,berselawat dan berdoa.Setiap amalan ini mempunyai kelebihan masing-masing.Contohnya membaca al-Quran.
Antara kelebihan membaca al-Quran ialah:-
  1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
  2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
  3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga,juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
  4. Mengikut Ibn Abbas r.a.,pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
  5. Selamat daripada api neraka,mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
  6. Pada hari kiamat,al-Quran menjadi pembela.
  7. Pembaca akan memperolehi keaman di dunia dan kemuliaan di syurga.
  8. Membaca sebelum tidur akan memdapat kawalan malaikat.
  9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin,Syuhada dan Solehin.
  10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
  11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
  12. Jika dibaca di dalam rumah,akan memberi cahaya kepada rumah itu.
  13. Memca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan,rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
  14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
  15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari,mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
  16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
  17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
  18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
  19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.,

MASA YANG DIUTAMAKAN UNTUK MEMBACA AL-QURAN.
  • Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah lebih afdal yakni utama.
  • Antara maghrib dan isyak.
  • Sesudah solat subuh.
sumber : Indahnya Hidup Bersyariat.

Tuesday, March 6, 2012

First time berblogging.,

As salam kengkawan.,sebelom ape2 baik kite mulakan dengan ummul kitab.,al-fatihah moga blog ni dapat kita kongsikan dengan ilmu yang berfaedah lagi bermanfaat.,